MPU23032- PENGAJIAN ISLAM
Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Penyelaras Kursus: JAMILAH BT OMAR
🎓 Sinopsis Kursus
Kursus MPU23032 bertujuan untuk melahirkan warganegara yang memahami tasawwur (konsep) Islam sebagai cara hidup yang bersepadu dan seimbang, serta berupaya menghadapi pelbagai masalah dan cabaran. Kursus ini membincangkan konsep-konsep asas Islam, Islam sebagai cara hidup, institusi Islam, dan cabaran semasa.
📘 Course Outline
Kandungan kursus ini merangkumi empat topik utama:
-
Islam sebagai al-Din
-
Pengertian Islam sebagai cara hidup yang menyeluruh
-
Hubungan antara akidah, syariat, dan akhlak dalam kehidupan seharian
-
-
Islam dan Asas Syariah
-
Rukun Islam dan rukun iman
-
Prinsip-prinsip syariah dalam kehidupan individu dan masyarakat
-
-
Institusi Islam
-
Peranan institusi seperti masjid, institusi zakat, dan institusi pendidikan Islam
-
Sumbangan institusi Islam dalam pembangunan ummah
-
-
Islam dan Cabaran Semasa
-
Isu-isu semasa yang dihadapi oleh umat Islam di Malaysia dan global
-
Pendekatan Islam dalam menangani cabaran-cabaran tersebut
-
🧠 Hasil Pembelajaran Kursus (CLO)
Di akhir kursus ini, pelajar diharapkan dapat:
-
Melaksanakan amalan Islam dalam kehidupan seharian.
-
Menerangkan etika dan profesionalisme berkaitan syariah dan institusi Islam dalam membentuk pembangunan ummah.
-
Menghubungkait minda ingin tahu dengan Islam dan cabaran semasa di Malaysia.
📝 Kaedah Pengajaran dan Penilaian
-
Kaedah Pengajaran: Kuliah dan tutorial
-
Kaedah Penilaian: 100% Penilaian Berasaskan Kerja Kursus (PB)
-
Tugasan berkumpulan
-
Pembentangan
-
e-Folio
-
Tunjukcara.
-
Tiada peperiksaan akhir (PA).