MPU23012 Pengajian Islam 1

MPU23012- PENGAJIAN ISLAM 

Jabatan Perdagangan

Penyelaras Kursus: SABARIAH BT MD YUSSOF

πŸŽ“ Sinopsis Kursus

Kursus MPU23012 bertujuan untuk melahirkan warganegara yang memahami tasawwur Islam sebagai cara hidup yang bersepadu dan seimbang. Kursus ini membincangkan konsep-konsep asas Islam, Islam sebagai cara hidup, institusi Islam, dan cabaran semasa.  

πŸ“˜ Course Outline

Kandungan kursus ini merangkumi empat topik utama:

  1. Islam sebagai al-Din

    • Pengertian Islam sebagai cara hidup yang menyeluruh

    • Hubungan antara akidah, syariah, dan akhlak dalam kehidupan seharian

  2. Islam dan Asas Syariah

    • Rukun Islam dan rukun iman

    • Prinsip-prinsip syariah dalam kehidupan individu dan masyarakat

  3. Institusi Islam

    • Peranan institusi seperti masjid, institusi zakat, dan institusi pendidikan Islam

    • Sumbangan institusi Islam dalam pembangunan ummah

  4. Islam dan Cabaran Semasa

    • Isu-isu semasa yang dihadapi oleh umat Islam di Malaysia dan global

    • Pendekatan Islam dalam menangani cabaran-cabaran tersebut


🧠 Hasil Pembelajaran Kursus (CLO)

Di akhir kursus ini, pelajar diharapkan dapat: 

  1. Melaksanakan amalan Islam dalam kehidupan seharian.

  2. Menerangkan etika dan profesionalisme berkaitan syariah dan institusi Islam dalam membentuk pembangunan ummah.

  3. Menghubungkait minda ingin tahu dengan Islam dan cabaran semasa di Malaysia.  

πŸ“ Kaedah Pengajaran dan Penilaian

  • Kaedah Pengajaran: Kuliah dan tutorial

  • Kaedah Penilaian: 100% Penilaian Berasaskan Kerja Kursus (PB)

    • Tugasan berkumpulan

    • Pembentangan

    • e-Folio

    • Tunjukcara. 

Tiada peperiksaan akhir (PA).


MPU23042 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA

PELBAGAI
Tulisan Animasi Selamat Datang
Selamat Datang Ke Unit Pendidikan Islam dan Moral
UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL 2023-2026 JABATAN PENGAJIAN AM POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU,ADZAM SHAH JITRA KEDAH DARUL AMAN.